PEMIMPIN dan kerajaan dari seluruh dunia mengutuk serangan pengganas di sebuah dewan konsert di wilayah Moscow lewat Jumaat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang dan mencederakan lebih 145 yang lain.
India dan Pakistan telah mengecam serangan tembakan di Moscow, menyifatkannya kejam dan dahsyat, lapor Bernama.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang kejam di Moscow. Ingatan dan doa kami bersama keluarga mangsa," kata Perdana Menteri India Narendra Modi.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan dahsyat yang dilakukan di sebuah dewan yang menganjurkan konsert di Moscow. Kami menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa," kata Kementerian Luar Pakistan dalam kenyataan.
Kedua-dua negara juga menyatakan solidariti dengan Rusia dan rakyatnya.
Agensi Anadolu melaporkan pemimpin Eurasia mengutuk serangan itu, dengan Presiden Belarus Alexander Lukashenko mengucapkan takziah kepada rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Belarus.
"Dalam masa kesedihan ini, saya mendoakan keberanian dan ketabahan kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa atas kehilangan yang tiada galang gantinya serta pemulihan segera kepada semua yang terjejas," memetik kata Lukashenko.
Presiden Ilham Aliyev berkata dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada Putin bahawa Azerbaijan "sangat terkejut" dengan berita serangan itu dan beliau "mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan ini".
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev berkata negaranya mengutuk tembakan dan letupan itu dan menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak keganasan terhadap rakyat yang tidak bersalah.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh perkhidmatan akhbar Presiden Kazakhstan, Akorda berkata Tokayev mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang negara itu membantu agensi penguatkuasaan undang-undang Rusia jika perlu, menurut Agensi Anadolu.
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev juga menyampaikan ucapan takziah kepada Putin dan berkata Tashkent mengutuk "tindakan pengganas terhadap orang awam".
Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov mengutuk tembakan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya di Facebook, mengisytiharkan sokongan negaranya bagi "usaha yang bertujuan untuk memerangi kejahatan ini dengan berkesan, dan menyokong untuk menyatukan usaha masyarakat dunia dalam memerangi keganasan antarabangsa."
Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan Nikol Pashinyan berkata Yerevan mengutuk sekeras-kerasnya tembakan itu dalam telegram kepada Putin, yang dikeluarkan oleh pejabatnya.
Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan dalam panggilan telefon menyampaikan ucapan takziah kepada rakan sejawatannya dari Rusia, Lavrov atas serangan maut itu, mengutuknya sebagai "serangan pengganas kejam", menurut Anadolu.
Jepun pada Sabtu "mengutuk sekeras-kerasnya" serangan itu, dengan Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan berkata:
"Jepun mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menzahirkan rasa simpati kepada mereka yang tercedera".
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengutuk "sekeras-kerasnya" serangan maut itu.
"Setiausaha Agung mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas hari ini di sebuah dewan konsert di luar Moscow, iaitu sekurang-kurangnya 40 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 100 yang lain cedera," kata timbalan jurucakap Farhan Haq dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Guterres mengucapkan "takziah yang mendalam" kepada Rusia dan mendoakan pemulihan segera bagi mereka yang cedera dalam serangan itu.
Banyak negara Arab, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) mengutuk serangan pengganas pada Jumaat dan Emiriah Arab Bersatu dalam satu kenyataan, menyatakan kutukan kuatnya "terhadap perbuatan jenayah ini" dan "penolakan kekalnya terhadap semua bentuk keganasan serta keganasan yang bertujuan untuk menjejaskan kestabilan keselamatan dan kestabilan yang tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa".
Kementerian Luar Arab Saudi turut mengecam serangan itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan kerajaan serta rakyat Rusia. Ia juga menekankan kepentingan memerangi semua bentuk ekstremisme dan keganasan.
Kementerian Luar Mesir menyatakan solidariti penuh dengan Rusia dan nada yang sama turut disuarakan Presiden Palestin yang mengutuk serangan itu dan mengesahkan solidariti dan sokongannya terhadap Rusia.
Syria mengutuk serangan itu dan menekankan "pentingnya usaha dunia bersepadu untuk menghadapi pembunuhan beramai-ramai ini dan pelaku, pasukan serta negara di belakang mereka harus dipertanggungjawabkan".
Di Tehran, IRNA melaporkan bahawa jurucakap Kementerian Luar Iran Nasser Kanaani mengutuk sekeras-kerasnya serangan keganasan yang membawa maut. Kanaani mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Rusia, terutamanya keluarga mangsa.
Beliau berkata Iran teguh bersama Rusia dalam menghadapi insiden tragis itu.
Jurucakap Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan Duta Sufian Qudah, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan mangsa yang cedera segera sembuh.
Beliau juga menyatakan solidariti Jordan dengan Rusia dalam tragedi ini dan penolakan sepenuhnya terhadap tindakan pengganas pengecut itu yang menyasarkan orang awam yang tidak bersalah, menurut agensi berita kerajaan, Petra.
Serangan di Krasnogorsk, pusat pentadbiran wilayah Moscow, berlaku ketika kumpulan muzik Picnic sedang membuat persembahan di Dewan Bandaraya Crocus, menurut maklumat awal. Kumpulan itu tidak cedera dalam serangan berkenaan, kata agensi penguatkuasaan undang-undang.
Satu letupan dilaporkan selepas serangan itu yang menyebabkan kebakaran besar.
Kementerian Kecemasan Rusia berkata kira-kira satu pertiga daripada bangunan itu dijilat api, dengan beberapa helikopter sedang berusaha memadamkan kebakaran.
Nasib penyerang masih belum diketahui, dengan beberapa laporan mendakwa mereka berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.
Jawatankuasa Siasatan Rusia mengumumkan ia melancarkan siasatan ke atas "serangan pengganas," manakala utusan khas Moscow untuk Ukraine berkata Rusia akan meminta mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Serangan di Krasnogorsk, pusat pentadbiran wilayah Moscow, berlaku ketika kumpulan muzik Picnic sedang membuat persembahan di Dewan Bandaraya Crocus. - Reuters
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
5 pekerja China terbunuh dalam serangan pengganas di Pakistan
Kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan dari Projek Hidroelektrik Dasu, yang sedang dibina oleh sebuah syarikat China diserang oleh pengganas.
Rusia dakwa AS, Britain dan Ukraine dalang serangan konsert
Jawatankuasa penyiasat Rusia mendakwa serangan pengganas itu telah dirancang dan dilaksana secara berhati-hati.
OIC kutuk serangan pengganas bersenjata di Rusia
Setiausaha Agung OIC Hussein Ibrahim Taha mengecam sekeras-kerasnya serangan pengganas bersenjata di Dewan Bandaraya Crocus dekat Moscow pada Jumaat.
Serangan pengganas di Moscow: PM zahir ucapan takziah, simpati
Perdana Menteri berkata serangan ganas yang mengerikan dan kejam seperti itu tidak mempunyai tempat dalam dunia yang bertamadun.
Dunia kutuk serangan di dewan konsert Rusia
India dan Pakistan telah mengecam serangan tembakan di Moscow, menyifatkannya kejam dan dahsyat.
Serangan pengganas di Moscow: Semua rakyat Malaysia selamat
Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia mengesahkan bahawa semua rakyat dan pelajar Malaysia yang berdaftar di sana selamat susulan serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, pada Jumaat.
AS kongsi maklumat dengan Rusia baru-baru ini mengenai rancangan serangan pengganas
Amerika Syarikat baru-baru ini berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa Rusia mengenai rancangan serangan pengganas terhadap Rusia.
Pakistan kutuk serangan pengganas di Iran
Pakistan mengutuk serangan pengganas di wilayah Sistan dan Baluchestan di tenggara Iran yang mengorbankan 11 anggota polis dan mencederakan beberapa yang lain.
Serangan pengganas: Turki tingkatkan operasi tentera banteras PKK
Tentera Turki akan meningkatkan operasi ketenteraan di utara Iraq dan Syria bagi membanteras kegiatan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan di negara itu.
Serangan di Ankara: Pengganas guna kereta curi
Kementerian itu juga mengesahkan mengenai hubungan seorang penyerang yang maut dengan kumpulan pengganas PKK.